Sungai Pasir Di Iraq

Pada pertengahan bulan 11 lepas, internet digemparkan dengan video sungai pasir yang berlaku di tengah padang pasir di Iraq. Video menunjukkan arus tersebut amatlah deras. Tetapi apa punca sebenar wujudnya sungai pasir ni.?

1.
sungai-pasir-di-iraq

Penduduk di kawasan itu memaklumkan yang sungai itu wujud selepas hujan lebat dan ribut selama beberapa hari berhenti. Hujan tersebut bukan sekadar air tapi mengandungi ketulan ais, yakni hujan batu. Ketulan tersebut sebesar bola golf.

2.
sungai-pasir-di-iraq

Hujan lebat berlaku di kawasan yang rata, maka ais dan air yang banyak telah menghasilkan sungai.!

Jika dilihat dalam video, yang kelihatan di permukaan hanyalah pasir yang berarus deras. Sebenarnya ia adalah campuran air, ais dan pasir. Ia mengalir ke Sungai Tigris dan Eufrat.

Mereka bersedia untuk menghadapi ribut pasir, tetapi tiada persiapan untuk sungai pasir. Situasi panik amat mengejutkan penduduk dan juga kerajaan negara timur tengah ini.

Sebagai info tambahan, keadaan ini adalah situasi kedua dahsyat yang berlaku di Iraq tahun ini, dimana pada bulan 8 yang lalu cuaca panas sehingga 52°C berlaku di bandar Baghdad.

Kalau nak tengok video sungai pasir di youtube, >> klik sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.