Kedai Buku Yang Hanya Jual Satu Tajuk Buku

Kedai buku unik ini diurus oleh Yoshiyuki Morioka, terletak di Ginza iaitu kawasan membeli belah yang mewah di Tokyo.
Penjual warga Jepun ini pernah uruskan kedai buku biasa selama 10 tahun, tetapi terdapat kekurangan dalam sistem penjualan.

1.
kedai-buku-satu-jepun-yoshiyuki-morioka

Kebiasaan pembeli habiskan masa datang untuk cari dan beli senaskah buku je. Jadi wujud idea untuk uruskan kedai buku yang hanya jual satu tajuk buku dalam tempoh seminggu.! Dalam tempoh ini Yoshiyuki Morioka menyediakan stok buku hanya untuk tajuk tersebut. Lepas seminggu, tajuk lain pula dijual.

2.
kedai-buku-satu-jepun-yoshiyuki-morioka

3.
kedai-buku-satu-jepun-yoshiyuki-morioka

Buku yang dijual dalam bahasa Jepun, inggeris dan lain2 serta keadaan kedai tidak dipenuhi lambakan buku, ianya sangat ringkas. Bila sesebuah buku dipamerkan, dia menjemput penulis buku tersebut untuk meluangkan masa di kedainya.

4.
kedai-buku-satu-jepun-yoshiyuki-morioka

Sejak Mei 2015, sebanyak 2000 naskah berjaya dijual kepada pengunjung dalam dan luar Jepun. Sebagai tambahan, Yoshiyuki Morioka yakin buku takkan hilang dari pasaran walaupun orang dah guna ebook.

One thought on “Kedai Buku Yang Hanya Jual Satu Tajuk Buku

  1. menarik…tak pernah jumpa lagi kedai buku seperti ini di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.