Maksud Dan Makna Tonto

Dalam artikel ini, kami nak kongsi maksud atau makna apa itu TONTO.TONTO adalah singkatan kepada Tolong Orang Nak Tipu Orang, iaitu orang tengah yang bertindak sebagai pemberi maklumat untuk melambat dan menggagalkan tugas penguatkuasaan oleh pihak berkuasa. Secara mudahnya Tonto tolong orang tapi cara dia salah, sebab dia bantu orang untuk buat kesalahan undang-undang.

gambar-tonto-tolong-orang-nak-tipu-orang

Contoh Tonto

Untuk lebih faham, anda boleh rujuk kepada contoh situasi di bawah:

1. Di jalan raya

Tonto mengekori pergerakan anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan bertindak sebagai pemberi maklumat bagi melindungi syarikat lori yang membawa lebih muatan. Setelah pemandu lori dapat maklumat tu, mereka akan letak kenderaan di tepi jalan dan melarikan diri untuk elak dikenakan tindakan undang-undang.

2. Di kawasan perniagaan

Tonto mengekori pergerakan anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan akan memaklumkan kepada penjaga premis tentang kehadiran penguatkuasa. Jika premis tersebut jual barang seperti barang tiruan, mereka akan tutup kedai atau melarikan diri.

Pihak yang menjalankan aktiviti salah disisi undang-undang akan upah Tonto. Melalui artikel ini, diharap anda faham apa erti tonto.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.