Maksud Tarikh Luput Pada Air Dalam Botol Yang Perlu Anda Tahu

Jika anda ada terlihat, kebanyakan air dalam botol di pasaran ada 2 tarikh iaitu tarikh dikilangkan/manufactured date (MFG) dan tarikh luput/expiry date (EXP). Tempoh antara tarikh ni ialah setahun. Dalam artikel ini, kami nak kongsi maklumat tentang tarikh luput/tamat tempoh/EXP pada botol air.

air-mineral-dalam-botol

Kenapa ada tarikh luput pada air dalam botol.?

Ada beberapa sebab, antaranya:
– Undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk melindungi pengguna. Ini kerana air salah satu produk yang melibatkan kesihatan pengguna

– Sebagai panduan kepada pengguna untuk pastikan rasa air dalam botol masih elok

– Jika terdapat masalah melibatkan pengeluaran, expiry date jadi panduan kepada pengilang untuk kenal pasti produk yang terlibat

Apa kaitan antara tarikh luput pada botol dengan air didalamnya.?

Ia TIDAK mempunyai apa2 kaitan. Tarikh luput ialah untuk botol, bukan air. Ia menjadi panduan berkenaan kualiti, bukan keselamatan.

Bila tamat tempoh, kandungan kimia pada botol akan ubah rasa air. Tapi ia tak buat air jadi beracun atau toksik.

Adakah air dalam botol yang telah tamat tempoh selamat diminum.?

YA, air dalam botol yang telah tamat tempoh selamat untuk diminum, selagi penutup tak dibuka dan botol tak rosak – menurut U.S. Food and Drug Administration (FDA)

Tetapi jika pengguna buat laporan kepada pengilang berkenaan perubahan rasa air, pihak pengilang berhak untuk balas balik kenapa pengguna tak minum sebelum tarikh tamat tempoh.

Kesimpulan

Mana la tau, kat rumah ada air dalam botol yang belum dibuka, tapi baru je expired 2 hari. Kalau buang macam membazir pulak. Maklumat yang kami kongsi dalam artikel ini sebagai info tambahan untuk anda. Apa-apa pun, keputusan di tangan anda.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.