Telefon Paling Kecil Di Dunia

Dalam artikel ini, kami nak kongsi tentang telefon bimbit paling kecil di dunia. Telefon ini bukanlah jenama Samsung atau Apple. Zanco Fly ialah model telefon kecil yang dikeluarkan oleh Zini Mobiles Ltd, syarikat di UK.

1.
telefon-kecil-di-dunia-zanco-fly

Saiznya cuma 71.8 mm tinggi dan 23.5 mm lebar.!

2.
telefon-kecil-di-dunia-zanco-fly

Model ini 100 peratus plastik kecuali papan elektronik di dalamnya. Mungkin anda tak pernah tahu pun kewujudan telefon ni, tapi Zanco Fly sebenarnya amat popular di kalangan penghuni penjara. Disebabkan saiz yang kecil, ia mudah diseludup masuk penjara dengan 1001 cara dan salah satunya melalui lubang bontot. Erk.!

3.
telefon-kecil-di-dunia-zanco-fly

Alat pengesan logam di pintu masuk penjara sukar untuk kesan telefon ini ketika diseludup kerana diperbuat dari plastik. Maka penghuni penjara menjadi sasaran pelanggan utama Zini Mobiles Ltd.

4.
telefon-kecil-di-dunia-zanco-fly

Telefon paling kecil di dunia ini tidak dijual di kedai tetapi hanya secara online melalui Amazon dan eBay. Ia boleh didapati dengan harga cuma usd40.

Kalau admin beli, confirm asyik hilang je sebab kecil sangat.! haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.