Fakta Gigi Manusia Yang Perlu Anda Tahu

Dalam artikel ini, kami nak kongsi fakta menarik tentang gigi manusia yang perlu anda tahu. Fungsi utama gigi ialah untuk potong dan kunyah makanan supaya penghadaman jadi mudah. Gigi merupakan anggota badan penting dan juga menjadi penyeri ketika kita senyum. Dan berikut ialah 12 fakta yang mungkin ada pembaca belum pernah baca dan tahu.

gambar-gigi-cantik-putih-bersih-teratur

1. Gigi terbentuk sebelum lahir yakni ketika bayi dalam rahim.

2. Gigi dapat tentukan umur dan keturunan seseorang.

3. Tiada manusia yang memiliki gigi yang sama, kerana ia unik dan berbeza seperti cap jari.

4. Orang dewasa ada 32 batang gigi manakala kanak-kanak 20 batang gigi.

5. Setiap set gigi manusia ada 4 jenis gigi iaitu incisors/gigi depan, canine/taring, premolars, dan molars/geraham.

incisors-canine-premolars-molars-image-layout

6. Enamel di permukaan gigi lebih kuat dari tulang dalam badan.

7. Enamel tidak boleh diperbaiki atau diganti.

8. Tabiat gigit kuku bukan hanya merosakkan kuku tetapi juga gigi.

9. Manusia hanya ada 2 set gigi sepanjang dia hidup iaitu gigi kanak-kanak/gigi susu dan gigi dewasa/gigi kekal.

10. Gigi tidak mempunyai kebolehan untuk baiki secara semulajadi, contoh seperti tulang. Jadi anda perlu buat rawatan untuk elak gigi rosak dengan lebih teruk.

11. Disarankan untuk buang gigi bongsu kerana ia mengecilkan saiz rahang, dan menyebabkan gigi tolak menolak. Akibatnya gigi jadi tak teratur.

12. Jangkitan pada gigi boleh menyebabkan kematian. Bagaimana boleh berlaku? Bahagian mulut dekat dengan salur darah utama. Sekiranya ada jangkitan, ia akan memasuki salur darah, kemudian di pam ke jantung dan seterusnya ke seluruh badan.

Walaupun anda rasa gigi anda sihat dan tiada masalah, anda tetap perlu jumpa doktor gigi untuk pemeriksaan berkala. Ia sebagai langkah pencegahan dan rawatan awal jika terdapat gigi yang rosak. Bila nak baiki gigi yang dah rosak teruk, kos memang mahal (swasta).

sumber:
1, 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.