Kesan Dan Rawatan OCD

Dalam artikel ini, kami nak kongsi tentang kesan dan rawatan untuk Obsessive-Compulsive Disorder. Seperti yang anda sedia maklum melalui artikel sebelum ini, penghidap OCD tak dapat kawal dan hentikan apa yang mereka hadapi, sekiranya mental tak kuat. Kesan yang terpaksa ditanggung memang teruk jika tidak dicegah lebih awal kerana ia melibatkan nyawa.

gambar-stress

Antara kesan jangka pendek dan panjang ialah:

1. Kesan Jangka Pendek:
Tekanan perasaan
Buang masa buat sesuatu berulang-kali
Tak dapat beri komitment kepada orang sekeliling – perhubungan, pekerjaan dan pendidikan
Memberi kesan terhadap kehidupan orang lain – sebab dia terlampau pembersih, orang lain pun kena terlampau bersih juga

2. Kesan Jangka Panjang:
Kualiti kehidupan terganggu – perhubungan, pekerjaan dan pendidikan
Keinginan untuk bunuh diri
Jadi gila

Untuk rawatan OCD pula, penghidap perlu berjumpa dengan pengamal perubatan untuk maklumat yang lebih lanjut. Jika lambat dapatkan penyelesaian, Obsessive-Compulsive Disorder akan memusnahkan kehidupan si penghidap. Kami tak boleh nak kongsi informasi berkenaan ujian dan ubat, sebab kami bukan doktor.

gambar-psikiatrik-psychotherapy

Antara langkah yang boleh diambil oleh penghidap ialah:
Jumpa doktor yang berkaitan untuk jalani ujian/pemeriksaan
Jumpa pakar psikiatrik
Dapatkan rawatan alternatif – jangan dapatkan rawatan yang tak logik
Berkenaan ubat, sila rujuk doktor
Sertai kelas pengurusan stress
Sertai kumpulan yang membantu penghidap OCD – government dan NGO, secara online dan offline
Berkongsi masalah dengan keluarga
Berkongsi masalah dengan kawan baik

Setelah membuat temujanji dengan doktor, si penghidap boleh sediakan beberapa perkara iaitu:
Buat senarai simptom yang dihidapi
Buat senarai perkara yang buat jadi stress
Buat senarai ubat atau herba yang diambil
Buat senarai perubahan hidup yang telah berlaku
Buat senarai soalan untuk ditanyakan pada doktor

Baca tajuk seterusnya:
Maksud Dan Punca OCD
Simptom Dan Ciri Ciri OCD

Sumber: 1, 2, 3, 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.