Maksud Dan Punca OCD

Apa itu Obsessive-Compulsive Disorder (OCD).? Makna OCD ialah gangguan fikiran yang menyebabkan seseorang memiliki keinginan (obsessive) dan dorongan tingkah laku yang membuat mereka merasa dipaksa untuk lakukan sesuatu berulang-ulang kali (compulsive). Bahasa mudah ialah was-was yang berlebihan. Gangguan ini membuatkan perasaan bimbang, risau, resah, cemas dan gementar jika penghidap tak endahkan dan cuba hentikan apa yang bermain difikiran.

obsessive-compulsive-disorder-ocd

Dalam artikel ini, kami nak kongsi penerangan tentang OCD yang dihidapi oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Ada sumber menyatakan gangguan ini salah satu penyakit mental kerana keinginan dan tingkah laku kadang-kala tak munasabah dan tak masuk akal. Penghidap OCD mengalami obsessive dan kesannya ialah compulsive. Namun berkemungkinan juga hanya mengalami satu masalah, samada obsessive atau compulsive.

susun-ikut-warna-ocd

Punca sebenar sindrom Obsessive-Compulsive Disorder masih samar-samar, namun kajian menemukan penyebab antaranya:

1. Biology
Kesan dari perubahan kimia semulajadi dalam badan dan otak.

2. Persekitaran
Tekanan dari keadaan sekeliling dan juga akibat didikan tak betul yang diterima oleh penghidap.

3. Sejarah keluarga
Seseorang yang ahli keluarganya penghidap OCD cenderung untuk jadi seperti mereka, tetapi ia tak berkaitan dengan genetik. Kajian belum dapat pastikan samada penyakit ini ada kaitan dengan genetik ataupun tidak.

4. Berkaitan dengan penyakit lain
Contohnya tekanan perasaan, masalah makan, penderaan fizikal dan mental.

Baca tajuk seterusnya:
Simptom Dan Ciri Ciri OCD
Kesan Dan Rawatan OCD

Sumber: 1, 2, 3, 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.