Simptom Dan Ciri Ciri OCD

Ibu takut anak sakit sebab main atas lantai rumah, jadi dia sentiasa mop untuk pastikan lantai bersih. Kemudian difikiran si ibu mengatakan lantai tu dah kotor semula, dia pun mop lagi. Dah mop, dia fikir lagi, kemudian dia mop lagi. Macam tu la seterusnya.

Ini salah satu contoh OCD.

gambar-kunci-pintu

Dalam artikel ini, kami nak kongsi tentang simptom, jenis dan ciri-ciri Obsessive-Compulsive Disorder. Penghidap OCD berkemungkinan hanya mengalami satu masalah, samada obsessive atau compulsive, dan juga kedua-duanya sekali. Antaranya ialah:

1. Obsessive
Terlalu pentingkan susunan, ketepatan dan kesempurnaan
Perasaan was-was yang berlebihan
Takut pencemaran oleh kuman
Merasakan orang sekeliling sedang mengata tentangnya
Konflik pegangan agama/kepercayaan sendiri

2. Compulsive (dilakukan berulang-kali)
Berwuduk
Mandi dan basuh tangan
Periksa kunci rumah, suis dan paip air
Susun barang ikut susunan yang dah ditetapkan
Mengira
Berdehem, kelip mata, pergerakan anggota badan lain – akibat dari motor dalam badan yang berkaitan dengan mental.

gambar-basuh-tangan

Sekiranya ada dikalangan pembaca atau kenal orang disekeliling yang mempunyai ciri ciri dan tanda tanda seperti diatas, berkemungkinan besar adalah penghidap OCD. Keadaan ini buat penghidap tak pasti apa sebenarnya yang dia buat sebab perlakuannya tak realistik dan tabiat tersebut memang tak boleh dielak.

Baca tajuk seterusnya:
Maksud Dan Punca OCD
Kesan Dan Rawatan OCD

Sumber: 1, 2, 3, 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.