Lelaki Biasa Buat Harga Pasaran Pil Methamphetamine Jadi Murah

Prachaub Kanpecth, seorang lelaki berusia 41 tinggal di Thailand. Pada pertengahan tahun ini, dia telah buat harga pasaran gelap dadah jenis pil methamphetamine jadi murah. Prachaub Kanpecth bukan pengedar dadah, cuma penduduk awam biasa yang bekerja sebagai pencari barang lusuh dan madu dalam hutan.

1.
prachaub-kanpecth-yaba-methamphetamine

Berikut apa yang diceritakan olehnya kepada pihak polis. Kisah bermula apabila dia terlihat beberapa orang tinggalkan satu bungkusan besar di semak tepi jalan guna kenderaan pikap. Dia dalam perjalanan mencari barang lusuh. Apabila dah tengok apa yang ada dalam bungkusan tersebut, dia bawa balik ke rumah di daerah Ayutthaya. Kandungannya ialah 700,000 biji pil methamphetamine.! Di Thailand ia digelar sebagai “yaba”. Anggaran harga semasa lebih kurang RM24 juta.

Kemudian dia kongsi dengan rakannya yang memerlukan wang untuk teruskan kehidupan dan bayar hutang. Rakannya jual pil tersebut dan lebih kurang 200 ribu biji pil masuk ke pasaran dengan harga serendah RM12, sedangkan harga yang sepatutnya RM32. Situasi ini menyebabkan harganya jadi murah.

2.
prachaub-kanpecth-yaba-methamphetamine

Siasatan yang berterusan untuk banteras dadah dijalankan dan membawa kepada penahanan Prachaub Kanpecth di rumahnya. Pihak polis menemui baki pil sebanyak 500 ribu biji. Dia ditahan dan didakwa atas tuduhan memiliki serta mengedar dadah. Dalam kes ini tiada saksi yang dapat bantu dia ketika dalam siasatan.

Polis syak pil ini untuk pasaran Thailand, Myanmar dan Laos. Pil methamphetamine akan buat pengambil mengaktifkan sesetengah fungsi dalam otak secara berlebihan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.