Kamal Medical Bookstore Kuala Lumpur

Dalam artikel ini, kami ingin kongsi info berkenaan Kamal Medical Books Supplies Sdn. Bhd. yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

kamal-medical-books-supplies-bookstore-jalan-pahang

Kamal Bookstore ialah salah sebuah kedai buku di Malaysia yang jual buku berkaitan dengan perubatan/medical, nursing/kejururawatan, pharmacy/farmasi dan alatan/instrument berkaitan kesihatan. Terdapat ratusan (mungkin ribuan) senarai buku berada dalam kedai ini.

Kebanyakan buku perubatan yang tiada di gedung buku besar, boleh didapati di kedai buku ini. Dan sesetengah buku memang hanya ada di sini dan harga berpatutan.

Pekerja sangat membantu, cepat, dah hafal semua tajuk dan faham apa yang pelanggan mahu. Cuma maklumkan tajuk, mereka akan terus cari namun bergantung pada suasana ramai orang atau tidak. Disarankan sesiapa nak ke sini datang pada hari Isnin – Jumaat. Kalau hujung minggu memang sibuk dan padat.

Disebabkan ruang kedai terhad, buku kerap habis stok/stock. Jadi sebelum anda pergi, terutama yang tinggal jauh dari Kuala Lumpur, disarankan untuk hubungi Kamal Bookstore dahulu.

nombor telefon / telephone number:
03-40219915
Sebarang pertanyaan atau nak order, boleh hubungi nombor ini

fax:
03-40214612

email:
kamalmedical@outlook.com

waktu operasi / operation hours / opening hours:
Isnin hingga Sabtu
9.00 pagi hingga 8.00 malam

Ahad
9.00 pagi hingga 2.00 petang

alamat / address:
No.138, Jalan Pahang,
53000 Kuala Lumpur

lokasi / location:
3°10’21.9″N 101°41’56.0″E
3.172738, 101.698888
klik sini – GPS lokasi Kamal Bookstore

peta / map:
klik sini – peta (Google Maps) Kamal Bookstore

harga / price:
Sila hubungi kedai untuk maklumat lanjut

cara nak pergi:
1) kereta/motor
2) pengangkutan awam / public transport
naik monorail – turun di Stesen Chow Kit
naik LRT – turun di Stesen Titiwangsa

kamal bookstore online:
Memandangkan tiada online store, jika nak beli secara online, sila hubungi kedai untuk maklumat lanjut (email atau telefon)

Diharap artikel ini sedikit sebanyak membantu anda untuk dapatkan buku yang dihajati.!

kamal-medical-books-supplies-bookstore-jalan-pahang

kamal-medical-books-supplies-bookstore-jalan-pahang

kamal-medical-books-supplies-bookstore-jalan-pahang

kamal-medical-books-supplies-bookstore-jalan-pahang

Keadaan dalam kedai pada hujung minggu. Sesak.!
kamal-medical-books-supplies-bookstore-jalan-pahang

Abang yang belah kiri tu anda akan jumpa masa buat bayaran
kamal-medical-books-supplies-bookstore-jalan-pahang

Sumber gambar: facebook.com/KamalBookstore

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.