Klinik ENT Dr Esa Rejab Sungai Chu Kajang

Dalam artikel ini, kami ingin kongsi info tentang Klinik Pakar ENT Dr. Esa Rejab, Sungai Chu, Kajang. Siapa yang tengah cari klinik swasta Klinik Pakar Telinga, Hidung dan Mulut mesti baca artikel ini. Anda tak semestinya tinggal di sekitar kawasan Kajang untuk dapatkan rawatan, tetapi juga yang tinggal berhampiran seperti Bangi, Putrajaya dan Seri Kembangan serta Kuala Lumpur.

klinik-ent-dr-esa-kajang

Klinik ini menawarkan pelbagai jenis rawatan berkaitan Ear, Nose and Throat (ENT) dan dirawat oleh doktor pakar/ENT specialist iaitu Dr. Esa Rejab. Beliau berkelulusan MBChB(Mans), MS(ENT) UKM.

Admin sendiri pernah pergi klinik ini untuk lakukan pemeriksaan telinga, sebab sakit telinga bila korek. Doktor ramah dan sangat baik guna endoscopy machine/endoscope camera untuk tengok dalam telinga. Rupa-rupanya bengkak kecil macam ada jerawat.! Lega sebab ingatkan ada masalah yang serius. Doktor pon bagi ubat makan untuk kurangkan bengkak tu.

klinik-ent-dr-esa-kajang

Jenis-Jenis Masalah ENT
Telinga tersumbat
Hidung tersumbat
Bengkak tekak
Serangga masuk telinga
Anak sumbat mainan dalam hidung
Lain-lain berkaitan telinga, hidung dan mulut

Jika anda mengalami masalah ENT, dewasa mahupun kanak-kanak, cepat pergi klinik sebelum terlambat!

klinik-ent-dr-esa-kajang

Poliklinik Pakar Kajang
Pakar Kanak-Kanak Dr. Saiful &
Pakar Telinga, Hidung & Tekak Dr. Esa

Nombor Telefon / Telephone Number:
03-87335798

Alamat / Address:
No. 6E, Jalan Sungai Chua, Taman Sri Saga, 43000 Kajang, Selangor.
(Jalan M/J 1)

Waktu Operasi / Waktu Rawatan / Operation Hours:
Isnin – Rabu:10.00 pagi – 4.30 petang
Rehat: 12.30 petang – 2.00 petang

Khamis & Jumaat: 2.00 petang – 4.30 petang

Ahad / Cuti Umum: Tutup

Harga / Price:
Bergantung pada jenis rawatan dan sangat berpatutan

Waze:
Klinik Pakar Esa

Peta / Map:
Klik Sini – Peta (Google Maps) Klinik Pakar ENT Dr. Esa Rejab

Diharap klinik ini dapat selesaikan masalah yang anda hadapi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.