Buku Teks Di India Guna Kucing Sebagai Bahan Eksperimen

“Our Green World: Environment Studies” ialah buku teks sains terbitan PP Publications di India. Sebahagian kandungan buku untuk murid sekolah ini telah mengejutkan ramai pihak. Eksperimen sains berkaitan pernafasan memerlukan murid lemaskan anak kucing.!

1.
our-green-world-environment-studies-pp-publications

Cara-cara untuk lakukan ekperimen dan kesimpulan dihurai berserta gambar.

“Sediakan 2 buah kotak kayu. Buat lubang pada penutup salah satu kotak. Kemudian letak seekor anak kucing dalam setiap kotak dan tutup. Selepas tempoh tertentu, buka penutup. Apa yang anda lihat? Anak kucing dalam kotak yang tidak mempunyai lubang telah mati.”

2.
our-green-world-environment-studies-pp-publications

Ibu bapa yang geram dan marah telah buat aduan kepada pihak penerbit beberapa bulan lepas. Bagi mereka, sepatutnya perkara ini tak berlaku. Tambah lagi melibatkan kanak-kanak yang dalam proses pembelajaran. Melalui maklum balas yang diterima, pihak pencinta haiwan menyatakan belum ada murid yang buat eksperimen.

Untuk redakan isu ini, PP Publications ambil langkah tarik balik buku dari pasaran. Ia akan diganti dengan edisi baru pada tahun depan.

Harap2 belum ada murid yang buat eksperimen ni. Fuhhh.!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.