Fakta Tentang 100PLUS

Dalam artikel ini, kami ingin kongsi fakta menarik tentang minuman isotonik 100PLUS, mungkin ada yang belum tahu. 100PLUS dikilang dan diedar oleh F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. (Ibu pejabat Fraser & Neave Limited di Singapura ) iaitu pengilang minuman ringan terbesar di Malaysia.

gambar-100plus-botol-tin-image-logo

Cara nak sebut ialah “Hundred Plus”. Minuman ini bebas kafein, menghidrat dan mengembalikan semula bendalir, tenaga dan elektrolit yang hilang semasa kita menjalani gaya hidup aktif. Ia dijual di beberapa negara benua Asia dan juga Eropah. 100PLUS jadi pilihan minuman isotonik nombor satu di negara ini berdasarkan survey yang dijalankan.

Tahukah anda.?
100PLUS ialah minuman isotonik pertama di Malaysia.

Bagaimana 100PLUS dapat nama.? Asal usul dan apa maksud nama tersebut.?
Ia dihasilkan pada tahun 1983 dan diberi nama sempena memperingati 100 tahun penubuhan syarikat Fraser & Neave di Asia iaitu pada tahun 1883.

Sumber: 1, 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.