Kenapa Kita Rasa Penat Dan Letih Lepas Perjalanan Jauh

Dalam artikel ini, kami akan kongsi apa punca kita rasa penat dan letih selepas perjalanan jauh. Terumata ketika kita jadi penumpang naik kereta, bas, keretapi dan kapal terbang. Kalau yang menunggang motor atau pemandu kereta, sudah pasti penat tak terkata.! Bila kita bertolak dari bandar pulang ke kampung, akan mengambil masa beberapa jam lamanya. Kalau jem, 14 jam dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur.

honda-civic-ek-penat-letih-perjalanan-jauh

Penumpang kenderaan rasa semua sendi di badan nak tercabut, sakit kaki, sengal badan, semua ada. Tahukan anda kenapa penumpang rasa penat fizikal dan mental.?

Bila dalam perjalanan badan kita berada dalam satu posisi tertentu dalam jangka masa yang lama. Tenaga diguna untuk kekalkan posisi tersebut, dan otot yang sama akan terus bekerja walaupun kita cuma duduk diam.

Ketika dalam perjalanan, ya kita tidur. Tapi tidur tu tak lena. Sekejap kepala ke kiri, sekejap ke kanan. Kurang rehat jadi punca kita penat.

Mental dan fizikal jadi penat bila sesuatu keadaan berlaku, contohnya jalan jem gila dan penerbangan anda ditunda. Ia membuatkan kita jadi stress dan penat.

Kita jadi penat sebab bosan. Kalau pemandu, dia boleh pusing2 stereng dan tekan pedal kereta. Kalau penumpang, tengok depan, tengok kiri kanan. Guna smartphone atau baca buku sekejap boleh la, lepastu bosan jugak sebab badan berada dalam keadaan yang sama.

Kita jadi penat kerana sepatutnya badan kita perlu bergerak. Sebagai contoh, 30 minit duduk, 15 minit berdiri. Tapi bila duduk dalam kereta, kita duduk dalam tempoh 2 jam baru singgah RnR untuk berehat.

Jadi untuk sesiapa yang dalam perjalanan jauh, rancang elok2. Bersedia mental dan fizikal supaya kurang penat bila sampai destinasi.

sumber gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.