Wanita Pura-Pura Buta Selama 28 Tahun

Pernahkah anda rasa penat untuk senyum dan menjawab sapaan oleh orang disekeliling ketika berada di tempat awam dan dirumah.? Dalam situasi ini, walau penat macamana pun, kita cuba untuk senyum. Namun Carmen Jiménez ada cara tersendiri untuk elak situasi diatas.

Carmen Jiménez, seorang wanita berusia 57 tahun. Dia salah seorang penduduk kejiranan Recoletos, di Madrid Sepanyol. Untuk elak dari bertegur sapa dan berbual dengan orang di sekelilingnya, dia pura-pura buta.!

carmen-jimenez-buta-madrid

Perbuatannya itu dilakukan selama 28 tahun.! Semua orang yang kenal dia tertipu, termasuk jiran, saudara mara, keluarga dan juga suami sendiri.! Punca Carmen Jiménez buat begini kerana penat untuk menjawab sapaan orang yang bertemu dengannya, ditambah pula dia seorang yang anti sosial. Sanggup pulak dia buat macamni kan.

Pada awalnya dia memberitahu keluarganya yang dia mengalami kecederaan mata, lama kelamaan dia kata dah jadi buta. Mereka percaya setelah lihat dia berkelakuan seperti orang buta. Namun rahsianya terbongkar kerana suami dia hairan kenapa dia pakai make up dengan sempurna. Dan matanya fokus ketika menonton TV.

Setelah mendapat liputan media berkenaan kesalahan serius ini, dia akan didakwa kerana sepanjang penipuannya, dia menerima bantuan kewangan untuk golongan OKU.

Hebat betul penipuan wanita ini.!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.