Pakai Topi Keledar Ketika Bekerja Dalam Bangunan

Sebuah rakaman video menunjukkan 4 orang pekerja pakai topi keledar atau helmet ketika bekerja dalam sebuah bangunan lama. Mereka bekerja di pejabat sebuah bangunan kerajaan yang terletak di Areraj di daerah Champaran. Ia menjadi bualan di internet, apakah yang berlaku sebenarnya.?

1.
topi-keledar-pejabat-india

Mereka pakai helmet kerana bekerja di dalam sebuah bangunan yang tidak selamat untuk beroperasi. Hasil pemeriksaan pihak berwajib 2 tahun lepas, bumbung dan dinding berpotensi untuk runtuh pada bila-bila masa, namun tiada tindakan diambil untuk pindah pekerja ke lokasi yang lebih selamat. Dikatakan pada waktu itu, pihak berwajib tiada tempat baru dan kemudahan utk pindahkan barang.

2.
topi-keledar-pejabat-india

Dalam tempoh tersebut, beberapa bahagian siling pejabat pernah runtuh dan mereka terpaksa ambil langkah pakai topi keledar. Jika hujan, air meresap ke dalam bumbung dan tunggu masa untuk bumbung pula runtuh.

Apabila rakaman video ini tersebar luas, berita baik ialah kerajaan tempatan akan pindah operasi ke tempat lain. Namun berita buruk pula, 4 pekerja dalam video diberikan notis tunjuk sebab kerana dedah masalah itu kepada media, dan bukan kepada pegawai atasan. Sepatutnya mereka selesaikan masalah secara dalaman.

*Sepanjang 2 tahun tu bila pekerja report, keputusan tak selamat pun dah ada, takde pulak apa2 tindakan. Bila dah kantoi, baru nak buat kerja. Tak pasal2 pekerja kena tindakan tatatertib.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.