Kahwin 7 Tahun Tetapi Tidak Tinggal Sebumbung

David Burke (43 tahun) dan pasangannya Claire Burke (49 tahun) sudah bersama selama 16 tahun. Dalam tempoh itu, perkahwinan mereka berusia 7 tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jay (7 tahun). Mereka hidup bahagia sama seperti keluarga lain, tetapi ada 2 perkara yang menarik dalam hubungan mereka.

david-burke-claire-burke

Sepanjang perkahwinan, mereka tidak tinggal sebumbung. Ya, mereka tinggal berasingan di rumah masing2 di West Yorkshire, England. Pada waktu siang, mereka bergilir-gilir datang ke rumah. Bila waktu malam, mereka pulang ke rumah sendiri untuk tidur. Anak pula tinggal bergilir-gilir ikut ibubapanya. Jarak antara rumah lebih kurang 10 minit memandu.

Menurut David dan Claire Burke, ianya bermula pada malam perkahwinan mereka. Mereka tidur bersama, namun tak selesa sebab panas. Claire juga menyatakan bahawa sifat lelaki dan perempuan sangat berbeza. Jika tinggal serumah, pasti akan berlaku pergaduhan untuk sesuaikan keadaan diantara satu sama lain. Jadi tiada siapa perlu mengalah untuk jernihkan keadaan.

david-burke-claire-burke

Pasangan ini memiliki ruang dan masa sendiri, maka mereka akan terus hidup begini kerana tak nak rosakkan hubungan jika tinggal bersama. Dikatakan hubungan mereka semakin kuat hari demi hari.

Lagi satu perkara yang menarik ialah masing2 berdikari dan wang simpanan mereka adalah hak milik sendiri, serta tak memiliki akaun bersama. David dan Claire boleh berbelanja tanpa minta pendapat pasangan.

Kisah hidup pasangan ini memang menarik untuk dikongsi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.