Bina Lif Kerana Penat Naik Tangga Tingkat 6

Kejadian berlaku di sebuah apartment dalam daerah Tongliang di bandar Chongqing, China. Seorang lelaki, nama Xong, membina lif di bangunan tempat tinggalkan kerana bosan dengar menantu lelakinya merungut.

bina-lif-sendiri

Dia dah tinggal sejak beberapa puluh tahun, dan baru2 ni anak perempuan dan suaminya pindah masuk tinggal bersama. Menantu Xong asyik merungut sebab penat naik tangga ke tingkat 6. Nak halau, nanti anak perempuan dia merajuk pulak.

bina-lif-sendiri

Sebagai jalan penyelesaian, dia bina lif peribadi khas untuk ke rumahnya sahaja.! Mula dibina pada tahun lepas dan siap beberapa bulan kemudian. Menurut pihak berkuasa, penduduk boleh bina lif apabila dapat kelulusan. Namun Xong tidak buat permohonan. Jadi kes dia dalam siasatan samada perlu diroboh atau dibiarkan beroperasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.