Cara Melegakan Hidung Tersumbat

Dalam artikel ini, kami nak kongsi cara melegakan dan mengatasi hidung tersumbat. Bila hidung tersumbat yang biasanya sebelah je, rasa rimas satu badan kan. Kadang-kadang susah nak bernafas sampai semput jadinya. Tambahan cuaca pula sejuk, lagi la kerap tersumbat. Maka terganggulah aktiviti seharian kita. Banyak lagi punca masalah ini tapi nanti la kami taip artikel lain.

cara-melegakan-mengatasi-hidung-tersumbat

Apa yang kami kongsikan ini berdasarkan pengalaman sendiri iaitu orang dewasa dan kanak-kanak. Untuk bayi je takde petua. Nak cuba atau tidak, terpulang pada anda okay. Kami guna ubat yang boleh dibeli di farmasi.

Kita mulakan dengan kanak-kanak:
Vicks VapoRub

cara-melegakan-mengatasi-hidung-tersumbat

Cara nak guna, sapu di dada anak. PENTING.! Hanya boleh diguna pada kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas SAHAJA. Krim ini ada jual di farmasi contohnya watsons. Harga bawah RM10 je. Orang dewasa pun boleh guna.

Orang dewasa:

1. Elak minuman sejuk. Minum air kosong je, tak semestinya suam.

2. Makan makanan pedas. TAPI bersedia la untuk sakit perut.

Contohnya Samyang Ramen (ala mi segera made in Korea tu) atau Maggi Kari. Lepas makan confirm hingus meleleh leleh umpama air keluar dari paip LOL

3. Minyak Angin Cap Kapak

Ini cara kesukaan kami bila hidung tersumbat.

cara-melegakan-mengatasi-hidung-tersumbat

Sapu pada kawasan yang kami warnakan oren. Di dahi, sapu dan urut dari atas ke bawah. Di tepi kepala, sapu sambil urut juga. Kami guna gambar Fattah Amin kerana artis popular dan hampir semua orang kenal dia.

Kalau Cap Kapak tiada, anda boleh guna Minyak Yu Yee Cap Limau. Jangan guna minyak gamat pulak LOL

4. Panadol 650

cara-melegakan-mengatasi-hidung-tersumbat

Ini cara yang kami lakukan bila hidung tersumbat + sakit kepala. Mula-mula sapu minyak angin seperti cara nombor 3. Kemudian telan sebiji panadol dengan air kosong. Anda akan rasa lega kurang dari tempoh 30 minit.

Pastikan Panadol 650, dan bukannya Panadol Extra, ActiFast atau Extend. Ada jual di sesetengah farmasi dengan harga bawah RM4 untuk satu papan (8 biji).

Diharap artikel kami ini membantu anda yang tengah cari apa petua dan cara melegakan dan menghilangkan hidung tersumbat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.