Maksud Triggered

Dalam artikel ini, kami nak kongsi apa itu maksud triggered dalam Bahasa Melayu. Perkataan ini biasa kita lihat dalam meme di internet dan dengar ketika main game. “Triggered is when someone gets offended or gets their feelings hurt”, jadi bila diterjemah, ia membawa makna seseorang terasa hati atau tersentap yang membuatkannya sakit hati.

maksud-triggered

Ia berlaku samada melalui kata-kata atau perbuatan. Kami bagi contoh supaya anda lebih mudah faham.

Contoh 1 – kata-kata:

“Kau delete je la account ML tu. Kau bukan hebat pun, noob.”
“Aku triggered dowh.!”

Contoh 2 – perbuatan:

Ali yang berbadan kurus kering tengah scroll feed IG. Kemudian ada video seseorang mempersendakan orang kurus muncul di feed.

“Triggered aku tengok video ni. Dah la tak lawak, dia kutuk orang kurus pulak tu,” Ali berkata dalam hati.

triggered-gif

Harap anda faham maksud perkataan ini.

One thought on “Maksud Triggered

  1. Trigger mungkin boleh difahamkan sebagai buka api juga. Keke.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.