Perbezaan Dan Maksud Warna Penutup Botol Air

Dalam artikel ini, kami ingin kongsi beza dan maksud warna penutup botol air mineral semulajadi dan air minuman berbungkus. Air Mineral Semulajadi (AMS).? Air Minuman Berbungkus (AMB).? OMG apa ni.?! Ketika nak beli air botol di kedai, mesti anda perasan ada penutup yang warna hijau, biru dan putih? Kadang-kadang warna pink pun ada.! Jadi kami ingin terangkan maksud disebaliknya.

penutup-botol-air

Menurut penjelasan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), kami ringkaskan maklumat seperti dibawah supaya mudah untuk faham.

AIR MINERAL SEMULAJADI (AMS)

penutup-botol-air-mineral

WARNA PENUTUP BOTOL
Penutup botol pelbagai warna seperti hijau dan biru SELAIN dari warna putih.

PUNCA
Sumber daripada kandungan air bawah tanah melalui mata air, telaga dan lain-lain jalan keluar. Punca perlu mendapat kelulusan dan lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

PENAMBAHAN MINERAL
Ia tidak boleh diperkaya/diperkuat atau ditambah dengan vitamin dan mineral.

RASA
Air mineral rasa sedikit kelat berbanding air minuman kerana kandungan mineral tinggi.

RAWATAN
Perlu mematuhi standard yang ditetapkan. Rawatan untuk dapatkan air mineral tertakluk kepada satu atau beberapa rawatan dengan syarat kandungan air atau mineral tidak diubah/berubah:
– Penapisan
– Pengkarbonan
– Pensterilan
– Pempasteuran

MAKLUMAT PADA LABEL
– Dilabel sebagai air mineral semulajadi atau
– Air mineral semulajadi berkarbonat sekiranya mengandungi karbon dioksida
– Nama kandungan mineral yang ada
– Lokasi punca
– Jenis punca
– Nombor kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
– Punca diluluskan KKM
– Nama dan alamat lengkap pengeluar
– Buatan Malaysia atau buatan negara asal pengeluar

PEMBUNGKUSAN/BOTOL
Botol yang digunakan mestilah berkeadaan telus dan lutsinar.

**********

AIR MINUMAN BERBUNGKUS (AMB)

penutup-botol-air-minuman

WARNA PENUTUP BOTOL
Penutup botol warna putih SAHAJA

PUNCA
Semua punca air yang selamat diminum seperti dari sistem bekalan air awam atau air paip, air permukaan (sungai, kolam, tasik) dan air tanah (mata air). Punca perlu mendapat kelulusan dan lessen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

PENAMBAHAN MINERAL
Boleh mengandungi tambahan garam klorida bikarbonat dan sulfat bagi kalsium, magnesium dan sodium.

RASA
Air minuman rasa kosong berbanding air mineral kerana kandungan mineral rendah.

RAWATAN
Semua jenis rawatan boleh digunakan asalkan standard air mematuhi standard yang ditetapkan. Jenis-jenis rawatan untuk air minuman:
– Penurasan untuk menghilangkan bau, rasa, kontaminan organik atau klorin
– Penyulingan
– Osmosis terbalik
– Penukaran ion

LABEL
– Dilabel sebagai air minuman atau
– Air minuman berkarbonat jika mengandungi karbon dioksida
– Amaun mineral atau garam tambahan jika ada
– Jenis punca air
– Nilai pH dan warna kekeruhan
– Nombor kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
– Punca diluluskan KKM
– Nama dan alamat lengkap pengeluar
– Buatan Malaysia atau buatan negara asal pengeluar

PEMBUNGKUSAN/BOTOL
Botol yang digunakan mestilah berkeadaan telus dan lutsinar.

Kami harap perkongsian ini dapat memberi anda info baru berkenaan jenis-jenis air botol yang ada di pasaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.