Maksud Clingy

Dalam artikel ini, kami nak kongsi apa itu maksud clingy dalam Bahasa Melayu (sebutan: klingi). Perkataan ini sangat popular dikalangan pasangan yang bercinta, dan juga yang sudah berkahwin. Adat hidup berpasangan, ada sesetengah sifat dan sikap kita adalah negatif, termasuklah clingy. Jika dilakukan tanpa menjaga perasaan satu sama lain, berkemungkinan hubungan jadi renggang.

maksud-clingy

Clingy ialah perbuatan seseorang yang menyebabkan pasangan dia jadi rimas. Asyik nak melekat tiap masa. Untuk lebih faham kita masukkan clingy dalam kategori obses, iaitu pasangan sentiasa ada dalam fikiran 24 jam. Jika terlebih obses, tak elok sebenarnya sebab confirm akan beri kesan buruk dalam hubungan. (obses okay, bukan obese ye tuan tuan puan puan). Yang pasti, clingy tak sama dengan caring.

Antara sikap clingy yang kita boleh lihat ialah tak beri ruang kepada pasangan untuk lakukan perkara yang dia suka (main bola sepak/shopping) dan curiga sepanjang masa (semua benda nak kena report). Bila ada sikap ini, benda yang salah kita rasa betul dan benda betul boleh jadi salah. Ia berlaku sebab sikap ini akan buat kita ikut kata hati. Kami bagi contoh supaya lebih faham.

Contoh 1: Contact pasangan setiap masa tak kira siang atau tengah malam

Untuk pasangan yang normal, perbuatan ini adalah salah. Sebab? Dia ada urusan lain nak kena buat, bukan 24 jam nak kena hadap phone. Tapi bagi pasangan yang clingy, perbuatan ini perbuatan yang betul. Sebab? Kalau tak contact, nanti pasangan curang. *adoi*

Contoh 2: Keluar dengan family dan kawan sama jantina

Untuk pasangan yang normal, perbuatan ini adalah betul. Sebab? Untuk jaga hubungan kekeluargaan dan kawan2. Tapi bagi pasangan yang clingy, perbuatan ini perbuatan yang salah. Sebab? Daripada keluar dengan orang lain, baik kita keluar sama2, dapat luang masa bersama. Entah2 curang masa lepak dengan kawan. *adoi*

maksud-clingy
sumber gambar

Kami bagi 2 contoh tapi tinggalkan komen kalau tak faham okay.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.