Apa Itu Minyak Hitam Mineral, Semi Synthetic Dan Fully Synthetic

Dalam artikel ini, kami akan kongsi apa beza antara minyak pelincir jenis mineral, semi synthetic dan fully synthetic. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenama minyak pelincir juga disebut dengan nama lain iaitu minyak enjin atau minyak hitam. Kenderaan baru akan tukar minyak pada 1000km pertama dan seterusnya bergantung kepada jenis minyak hitam.

minyak-hitam-pelincir-enjin

Sebelum anda baca beza 3 jenis minyak pelincir, jom baca apa itu minyak mineral dan minyak synthetic.

Minyak mineral dibuat dari petroleum manakala minyak synthetic dibuat dari bahan kimia untuk menepati penggunaan enjin moden. Synthetic lebih mahal untuk dihasilkan tetapi bagus untuk prestasi enjin kerana memberi perlindungan pada bahagian dalam enjin dan seterusnya memanjangkan jangka hayat enjin. Ia ada tambahan additive iaitu formula tambahan bertujuan untuk penjagaan dan prestasi enjin.

Ia juga tidak mudah tersejat (vaporised) pada suhu tinggi dan kurang penghasilan carbon deposit dalam enjin, berbanding mineral. Minyak mineral akan ambil masa untuk lalu disetiap sudut dalam enjin ketika kenderaan mula dihidupkan namun minyak synthetic sebaliknya. Sebab tu kereta yang guna minyak synthetic tak perlu panaskan enjin lama-lama.

Mitos tak boleh guna minyak synthetic untuk kereta lama: Menurut kenyataan oleh Pennzoil, minyak synthetic boleh diguna untuk kenderaan enjin lama. Ia tidak mengakibatkan masalah dengan seal dan kebocoran, malah akan membantu penjagaan enjin sama seperti enjin moden.

Artikel berkaitan: Maksud Kod Nombor Minyak Hitam

Okay sekarang anda dah faham apa benda la mineral dan synthetic ni kan. Jom baca apa pula beza diantara 3 jenis minyak pelincir.

Minyak Hitam Mineral

minyak-hitam-pelincir-enjin-mineral

Minyak pelincir jenis ini dibuat dari bahan asas petroleum tanpa tambahan additive. Pengguna disaran untuk tukar minyak setiap 5000km atau setiap 3 bulan. Ia memiliki kelikatan/ketebalan yang tinggi. Harga murah berbanding semi dan fully synthetic.

Minyak Hitam Semi Synthetic

minyak-hitam-pelincir-enjin-semi-synthetic

Minyak pelincir jenis ini campuran antara minyak mineral (70%) dan minyak synthetic (30%). Pengguna disaran untuk tukar minyak setiap 7000km atau setiap 6 bulan. Ia memiliki kelikatan/ketebalan yang sederhana. Harga murah berbanding fully synthetic.

Minyak Hitam Fully Synthetic

minyak-hitam-pelincir-enjin-full-synthetic

Minyak pelincir jenis ini dibuat dari 100% bahan kimia. Pengguna disaran untuk tukar minyak setiap 10000km atau setiap 6 bulan. Ia memiliki kelikatan/ketebalan yang sederhana dan nipis. Harga paling mahal diantara 3 jenis minyak.

Diharap artikel ini memberi anda info tentang perbezaan diantara minyak mineral, semi synthetic dan fully synthetic.

Sumber: [1], [2], [3]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.