Maksud Kod Nombor Minyak Hitam

Dalam artikel ini, kami akan kongsi apa maksud kod nombor minyak pelincir atau nama lainnya minyak hitam dan minyak enjin. Bila pergi bengkel nak servis kereta atau motor, kita akan lihat pelbagai jenama botol minyak dengan gred API, SAE, 5W-30, 5W-40, 10W-30, 10W-40 dan lain-lain.

kod-nombor-minyak-hitam-pelincir-enjin

Ada pemilik kenderaan lama dan juga baru yang tak tahu apa maksud kod ini, jadi dia beli ikut suka hati je, janji botol nampak gempak haha Kan lebih baik jika anda faham dan ada ilmu tentang produk apa yang anda beli.

American Petroleum Institute (API), Society of Automotive Engineers International (SAE International), International Lubricant Standardization and Approval Committee (ILSAC) dan Japanese Automotive Standards Organization (JASO) adalah pihak yang menetapkan syarat standard untuk menilai kualiti minyak pelincir. Antaranya ialah minyak dapat membantu pembakaran enjin dengan lancar, mampu elak bahagian enjin cepat rosak dan minyak tak berketul. Maka minyak enjin terbaik di dunia dapat dihasilkan.

PENJELASAN

Kita guna kod 5W-40 sebagai contoh.

kod-nombor-minyak-hitam-pelincir-enjin

Nombor pertama (5) mewakili kelikatan atau ketebalan minyak semasa sejuk pada suhu 5°C dan W mewakili Winter (musim sejuk). Semakin rendah nombor, semakin mudah untuk hidupkan kereta di persekitaran suhu sejuk/cold start. Tetapi di Malaysia mana ada musim sejuk sampai salji kan. Jadi kod ini tak memainkan peranan penting ketika anda beli minyak enjin.

Nombor kedua (40) mewakili kelikatan atau ketebalan minyak semasa panas iaitu ketika enjin sedang beroperasi. Semakin rendah nombor, semakin rendah kelikatan minyak. Gred minyak ada pelbagai kelas kerana kelikatan berbeza pada had suhu maksimum iaitu 100°C.

Kedua-dua nombor (5 dan 40) adalah kelas, bukannya nilai kelikatan.

Artikel berkaitan: Apa Itu Minyak Hitam Mineral, Semi Synthetic Dan Fully Synthetic

Minyak enjin apa yang sesuai untuk kereta dan motosikal saya?
Jawapan paling tepat ialah sila rujuk buku panduan/manual kenderaan untuk gred yang disarankan. Setiap enjin kenderaan adalah berbeza, jadi gred minyak pelincir beri kesan kepada jangka hayat bahagian dalam enjin.

Sumber: [1], [2]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.