Maksud Liang Folikel

Dalam artikel ini, kami ingin kongsi maksud atau makna liang folikel yang terdapat pada kulit manusia. Folikel bulu atau folikel rambut (hair follicle) berbentuk seperti beg kecil dan fungsi adalah untuk kawal pengeluaran atau pertumbuhan bulu. Pori (pores) pula ialah bukaan pada kulit yang menjadi ruang tempat bulu keluar. Ruang ini sangat kecil pada kulit tetapi mampu untuk menyerap cecair ke dalam kulit.

liang-folikel-pori
Sumber Gambar

Bahasa perubatan untuk pori ialah folikel bulu.

Maknanya liang pori = liang folikel bulu.!

Follicle diambil dari perkataan Latin, follis, yang bermaksud beg. Folikel bulu adalah sebahagian anggota badan yang hanya terdapat pada kulit makhluk spesis mamalia. Ia terletak pada lapisan kedua kulit manusia iaitu dermis (lapisan pertama – epidermis, lapisan kedua – dermis dan lapisan ketiga – hypodermis)

Folikel bulu mengawal pertumbuhan bulu melalui interaksi antara hormon, sel imunisasi dan neuropeptides (dilepaskan sebagai tindak balas kimia dari sel saraf). Kesan interaksi ini kita dapat lihat pada perbezaan jenis bulu yang ada pada bahagian badan, contohnya rambut, kening dan bulu ketiak. Kenapa tapak tangan dan tapak kaki tiada bulu? Sebab tiada folikel bulu pada bahagian ini. Tanda atau simptom awal folikel bulu badan alami masalah ialah rambut gugur. Ia disebabkan penuaan folikel seiring dengan penuaan usia seseorang.

Jika diperhatikan pada anggota badan, setiap etnik atau puak memiliki jenis bulu/rambut yang berbeza dengan etnik lain. Ia disebabkan oleh faktor genetik. Anda boleh baca ini untuk lebih faham.

Orang eropah dan negara barat (bulu warna blonde)
– Ketebalan bulu nipis, bentuk lurus atau wavy

Orang eropah dan negara barat (bulu warna dark brown, merah)
– Ketebalan bulu nipis, bentuk lurus atau wavy

Orang afrika
– Ketebalan bulu tebal, bentuk curly/bergulung

Orang asia
– Ketebalan bulu tebal, bentuk lurus

gambar-cuci-makeup
Sumber Gambar

Untuk wanita yang menjadikan solekan sebagai rutin wajib yang dilakukan setiap hari, golongan ini dinasihat untuk cuci wajah sebelum tidur bagi memastikan semua solekan itu dibersihkan sempurna. Menurut Pakar Pembedahan dan Penjagaan Wajah, Dr James C Morotta, menegaskan tidur tanpa membersihkan solekan boleh menyebabkan kerosakan kulit yang kekal dan tidak mungkin dapat dipulihkan. Ini kerana malam adalah waktu pembaikan kulit. Tabiat sambil lewa membiarkan wajah masih bersisa solekan akan membuatkan folikel kecil pada bulu mata tersumbat dan kemudian mengakibatkan jangkitan kuman.

Sumber:
[1], [2], [3]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.