Pasar Borong Pandan City Johor

Dalam artikel ini, kami ingin kongsi satu tempat menarik di Johor Bahru (JB) iaitu Pandan City. Pandan City terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Pasar Borong Pandan, Pandan Uptown, Bazar Padan, deretan bangunan kedai dan pasar malam Pandan. Maklumat ini dikongsi di blog Fuziah Mahadi (kami pun tak pernah pergi sini hehe)

pasar-borong-pandan-johor-bahru

Namun kami tak jumpa sumber yang nyatakan waktu operasi tempat ini. Jika ada yang nak pergi membeli belah dan cuci mata tengok barang, boleh waze alamat: Jalan Pandan Ria Utama, Pusat Perdagangan Pandan, 81100 Johor Bahru, Johor. Keadaan disini sesuai untuk bawa keluarga.

Pengunjung dapat pilih dan beli bahan mentah yang segar seperti ikan, udang, ketam dan makanan laut, dan juga sayur-sayuran di pasar borong. Semuanya nampak “fresh” macam baru sampai ke darat. Menurut perkongsian gambar yang kami lihat, banyak premis yang ada disini. Memang rambang mata la tak tahu nak pilih yang mana.

uptown-pasar-borong-pandan-johor-bahru

Selain itu, pengunjung boleh jalan-jalan makan-makan beli-belah makanan kering seperti biskut dan barangan kering seperti baju, tudung, kasut, pakaian lain, aksesori, jam, mainan dan baaanyak lagi. Durian dan car wash pun ada.! Terdapat gerai yang jual pelbagai jenis makanan seperti kuey tiaw dan nasi lemak. Antara tempat makan dalam food court yang “recommended” oleh pengunjung ialah Naseeb Capati Naan Pakistan. Dikatakan capati, cheese naan dan kebab disediakan ikut cara Pakistan. Bahan penting yang buat makanan kat sini sedap ialah herba dan rempah segar.

kuey-tiaw-pasar-borong-pandan-johor

naseeb-capati-naan-pakistan-pandan-johor

Kebanyakan pengunjung adalah penduduk di Johor, namun ada juga yang datang dari Singapore. Makin malam makin meriah suasana di sini, pengunjung bertali arus ditambah lagi ada persembahan nyanyian. Malam minggu confirm susah nak park kereta. Tentang harga, ada yang kata murah dan ada yang kata mahal. Kami pun tak pasti, jadi siapa yang ada kelapangan boleh la cuba pergi ke sini okay.

car-wash-pasar-borong-pandan-johor

durian-pasar-borong-pandan-johor

Tapi disebalik kemeriahan tempat ni, ada juga pihak yang timbulkan masalah. Menurut laporan Harian Metro pada Ogos 2018, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan beberapa premis melakukan kesalahan dimana mereka tak letak label tanda harga (Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011). Ada juga kesalahan tipu jumlah timbang kerana guna alat timbang sukat yang tidak ditentu sahkan (Akta Timbang dan Sukat 1972). Pengunjung dinasihatkan supaya berhati-hati ketika berurus niaga terutama beli sesuatu yang melibatkan alat timbang.

Diharap artikel ini dapat memberi info tentang Pasar Borong Pandan City Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.