Beza You Your Yours You’re Untuk Yang Masih Keliru Bila Nak Guna

Dalam artikel ini, kami ingin kongsi apa beza diantara “you, your, yours, you’re” dan cara mengunakannya bila nak buat ayat. Kami akan terangkan secara lebih jelas di perenggan kedua. Perkataan ini penting terutama ketika kita nak karang email, surat mahupun karangan untuk elak kesalahan atau kesilapan grammar. Walaupun nampak mudah namun tak semua orang tahu menggunakannya dengan betul kerana ia bukan bahasa ibunda rakyat Malaysia. Kami tak pandai tahap cikgu subjek english tapi jangan risau, contoh dibawah berdasarkan sumber yang boleh diyakini. Tak nak la nanti anda kata kami bagi ajaran sesat pula -HAHA-

You-Your-Yours-You’re

Apa perbezaan diantara keempat-empat perkataan ini? Contoh ini adalah penggunaan secara ringkas. Kalau nak ayat meletop kebabom, kena tanya kepada yang lebih pakar.

You
Ia diguna untuk merujuk kepada orang yang disebut (seorang atau lebih, contohnya pelajar dalam kelas) oleh penyampai/penulis.

Contoh
Ayat penyata: I love you so much. “If you leave her, she would cry.” Ali said to Ahmad.
Ayat tanya: Do you want to tell me about it? Where have you been on holiday this year?

Your
1. Ia diguna untuk merujuk pada sesuatu kepunyaan (satu atau lebih) milik orang yang disebut oleh penyampai/penulis.
2. Ia diguna untuk merujuk pada sesuatu yang berkaitan dengan orang yang disebut oleh penyampai/penulis.

Contoh
Ayat penyata: Bring your report to our next meeting. I have heard your views.
Ayat tanya: What is your mother’s name? Are you living with your family?

Yours
1. Ia diguna untuk merujuk pada sesuatu kepunyaan (satu atau lebih) milik orang yang disebut oleh penyampai/penulis.
2. Ia diguna untuk merujuk pada sesuatu yang berkaitan dengan orang yang disebut oleh penyampai/penulis.

Contoh
Ayat penyata:
1. The smaller cake is yours.
2. Your cake always tastes so much better than mine. Yours is so buttery.
Ayat tanya:
1. How do you know which shirt is yours?
2. Why do you always use my shirt? Yours are right over there.

You’re
Ia adalah ringkasan daripada you are. Ia diguna sebagai pelengkap ayat.

Contoh
Ayat penyata: You’re one step ahead of me. You’re doing a great job.
Ayat tanya: So, you’re ready to go? You’re telling me that you decided to go to college?

You-Your-Yours-You’re

Lepas anda dah ada sedikit info tentang apa perbezaan perkataan ini, diharap anda tahu bila nak guna ketika buat ayat dan dapat elakkan kesalahan grammar.

Sumber:
you – [1], [2], [3]
your – [1], [2], [3]
yours – [1], [2], [3]
you’re – [1], [2], [3]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.