Maksud Annoying Dan Perangai Manusia Yang Buat Anda Rasa Meluat

Dalam artikel ini kami ingin kongsi maksud annoying selepas di translate dari English ke Bahasa Melayu dan juga contoh. Makna annoying ialah rasa menjengkelkan atau rasa meluat dan ia dikaitkan dengan unsur negatif. Dalam kehidupan setiap hari, kita tak dapat lari dari sifat dan sikap annoying yang ditunjukkan oleh orang disekeliling. Kalau layan perangai orang jenis ni, kita yang sakit hati. Kalau tak layan, dikatakan kita sombong pula.

muka-annoying-face

Pasti ada nama seseorang yang terlintas dalam kepala anda bila sebut tentang perangai menjengkelkan. Betul tak.? Selain dari unsur negatif, annoying juga boleh buat orang lain marah kesan dari perbuatan dan percakapan mereka. Kami faham tak semua orang perfect tapi cuba la kawal diri tu sikit. Nanti orang sekeliling menyampah pula. Bila dipesan jangan buat, golongan ini beranggapan pesanan tu hanyalah sekadar gurauan atau mereka rasa perbuatan mereka tu betul. Nak tak nak, terpaksa la kita cari cara bagaimana nak handle orang sebegini, samada ignore dan terus berkawan atau kawan je dengan orang lain.

Contoh Perangai Yang Buat Kami Rasa Annoying

1. Racist/Perkauman Dan Stereotype

Kedua-dua sikap ini saling berkaitan. Kami memang tak suka kawan dengan individu berperangai sebegini kerana dia rasa dia je yang bagus dan kesannya sangat negatif. Orang yang bersifat begini suka pukul rata. Racist ialah orang yang rasa bangsa dia lebih bagus dari bangsa lain dan dia akan menjatuhkan martabat bangsa tersebut. Contoh situasi, “Kau tu bangsa yang menumpang je kat Malaysia ni. Kalau tak puas hati, pergi balik negara asal kau la.” Manakala stereotype ialah membuat tanggapan umum tentang sifat dan sikap individu adalah mewakili semua individu dalam kumpulan tersebut. Contoh situasi, “Kalau jenis tak pandai nak beratur ni, mesti orang xxx”.

2. Encik Dan Cik Serba Tahu

Mesti ada orang disekeliling anda yang jenis begini kan.? Kami memang tepuk dahi kalau jumpa orang sembang tak nak kalah. Kalau sembang, perghhh memang dia je la yang nak menang. Anda sembang sukan, ilmu dia lagi power. Anda sembang politik, isu semasa, perubatan juga undang-undang, sudah pasti dia lagi hebat. Semua kitab ilmu dia khatam agaknya. OMG annoying gila.!

3. Semua Benda Nak Complain

Kami pun ada juga complain, tapi bukan la setiap masa. Orang jenis ni, tiap kali dia buka mulut je, pasti perkara yang negatif dia sebut. Seumpama hidupnya diselubungi ke-negatif-ian setiap hari. Dari bangun tidur sampai la nak tidur balik tak habis-habis complain. Segala makhluk dan benda yang ada di muka bumi ni buat dia tak puas hati. Contoh complain, beli makanan – tak sedap, beli kereta/motor secondhand – tak bau kedai, masa beratur – complain orang depan lembab, kerja nak senang sambil goyang kaki – complain gaji tak cukup dan baaanyak lagi.! Kadang-kadang kami terfikir juga, teruk sangat ke hidup dia.? Tak boleh jadikan sesuatu perkara tu positif ke.?

muka-annoying-face-cat

Nak diikutkan hati, banyak lagi ciri-ciri yang kami boleh senaraikan. Kalau ditulis, boleh buat kami darah tinggi rasanya sebab stress fikir macam-macam jenis perangai manusia -HAHA- Kami dah kongsi apa yang kami tak suka dan menjengkelkan, jadi cuba anda pula kongsi perangai yang buat anda menyampah di ruang komen.

Sumber:
[1], [2]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.