Kenapa Yamaha Y15zr Dipanggil Y Suku

Yamaha Y15zr atau gelarannya “Y Suku” merupakan antara salah sebuah jentera 2 roda yang panas di pasaran Malaysia. Nak park pun kena hati-hati, cari tempat yang paling selamat sebab takut nanti hilang dicuri walaupun dah lock depan belakang atas bawah. Punya la panas motor kapcai paling laju ni. Model ini dikuasakan oleh enjin 4 lejang 150cc SOHC sama seperti model FZ150i yang dilengkapi injap penyejukan cecair (liquid cooled).

yamaha-y15zr-y-suku-modified

Berbalik kepada soalan kenapa wujudnya nama panggilan ini, kami pun cari sumber bertulis yang boleh diyakini. Namun memandangkan tiada sumber sahih asal usul nama, kami sendiri tanya pada pemilik. Berdasarkan sumber orang disekeliling yang tunggang Y15zr, nama Y Suku diambil dari pecahan Matematik darjah 1. Jom ingat balik apa yang kita pernah belajar.

1/2 setengah
1/3 satu pertiga
1/4 suku
2/3 dua pertiga
3/4 tiga suku

Okay seterusnya, 1 jam ada 60 minit. Jadi Y15 bersamaan dengan 15. 15 dari 60 ialah 1/4. Maka 1/4 adalah suku. Inilah jawapan untuk persoalan anda kenapa Y15zr dipanggil Y Suku.

yamaha-y15zr-y-suku-1st-model
First Model

Y15zr jadi pilihan kaki modi kerana alat ganti aftermarket banyak ditawarkan di pasaran tempatan dan juga luar Malaysia. Terdiri dari coverset, bahagian luaran lain seperti rim sukan, meter hinggalah ke bahagian enjin. Hanya golongan bangsawan je mampu modi Y Suku kerana harga barang boleh buat poket bocor. Lain negara lain nama modelnya. Yamaha Exciter 150 di Thailand dan Vietnam, Yamaha Jupiter MX/MX King 150 di Indonesia serta Yamaha Sniper 150 MXi di Filipina.

yamaha-y15zr-y-suku-2nd-model
Second Model

Sebagai tambahan, sebelum ni Yamaha 125ZR dipanggil tupai. Mana datang pulak nama tupai ni? Asalnya dari nombor dua lima. Dalam english disebut two five. Maka apabila di Melayu kan, jadi tu pai -HAHA-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.