Kebaikan Sup Kobis Dalam Perkahwinan [3 gambar]

Sup kobis telah menjadi salah satu rahsia perkahwinan pasangan ini berkekalan selama lebih 70 tahun. Len, 93 tahun dan pasangannya Irene Brown, 91 tahun telah menjadikan sup kobis sebagai makanan mingguan mereka. Pasangan ini menjadikan sup kobis sebagai hidangan mereka pada setiap hari ahad sejak bergelar suami isteri. Mereka mengakui sup ini sesuai untuk menu diet, penghadaman perut dan menyucikan darah.

Apa la rasanya sup kobis ni eh? Biasa makan kobis parut dalam burger aje 😀

1.

Teruskan Membaca

Suman Khatun Budak Gemuk Di India [3 gambar]

Suman Khatun, 6 tahun dari Bengal Barat, India, merupakan antara kanak-kanak paling gemuk di dunia. Kanak-kanak perempuan ini mempunyai berat lebih kurang 75kg. Gaji mingguan bapanya, Jamal 38 tahun, digunakan untuk membeli makanan Suman, yang menyebabkan ahli keluarga lain kelaparan. Setelah ibunya, Beli Bibi 32 tahun, menyuap anaknya itu, tidak lama kemudian Suman akan pergi ke rumah jiran untuk mendapatkan makanan lagi.

Purata makanan mingguan yang dimakan oleh Suman ialah 14kg beras, 8kg kentang, 8kg ikan dan 180 pisang serta ais krim dan kek. Jika tidak disuap makanan apabila diminta, dia akan menangis sehingga hidungnya berdarah. Kata ibunya, hanya makanan dapat buat anaknya bahagia.

Jom kita tengok waktu makan Suman.

7 pagi – 20 keping biskut dan 12 pisang.
9.30 pagi – 2 pinggan nasi dan 5 telur.
Tambahan – 15 keping biskut, 2 bungkus keropok ringan, 10 pisang
12 tengahari – 2 pinggan nasi, 2 mangkuk kari ikan dan kentang, 2 telur hancur.
Tambahan – 10 gula-gula, 15 biskut, 2 paket keropok ringan, 10 pisang,.
Makan malam – 2 pinggan nasi, 2 mangkuk kari ikan dan kentang.

Tu dia! Macamana la budak tu tak bulat?! Dijamunya sampai sebegitu sekali.

1.

Teruskan Membaca

Kem Kurus Polis Filipina [4 gambar]

 

Kadar obesiti penduduk dunia boleh dikatakan semakin meningkat. Dengan peningkatan pelbagai faktor, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada gejala ini.

Celik mata, jom sarapan di kedai. Tengahari, jom pekena nasi ayam. Petang, jom ngeteh. Malam, pekena nasi arab. Tengah malam, layan mee goreng mamak.

Memang terbaik rutin harian kita masa kini! Berbalik kepada tajuk, anggota polis Filipina telah menghadapi masalah obesiti tahap kritikal. Sebuah program diadakan untuk membolehkan anggota yang mempunyai masalah berat badan kembali cergas. Ia disertai oleh 3000 anggota polis.

 

1.

Teruskan Membaca

Kesan Tumor Otak Selepas Dilanggar Kereta [3 gambar]

 

Liam Taylor-Kennedy, 8 tahun, dilanggar kereta semasa sedang berjalan pulang dari sekolah.

Dia terjatuh dan mengalami lebam2 pada badannya.

Tetapi doktor mengesan dia mengalami masalah ingatan dan telah melakukan CAT scan.

Dan hasil scan itu juga telah menemui tumor otak yang merbahaya, anaplastic ependymoma.

Selepas itu, pakar bedah telah membuang tumor tersebut tetapi masih terdapat sel yang tertinggal.

Dia meneruskan persekolahannya sementara untuk menjalani pembedahan seterusnya.

Kini keluarganya sedang mengumpul dana bagi membolehkan dia menjalani pembedahan menggunakan kaedah yang sesuai untuk tumor di otak.

 

1.

Teruskan Membaca