Bunyi Guli Jatuh Di Lantai Dan Perabot Diseret Dalam Rumah

Dari mana datang bunyi guli jatuh atas siling/lantai, perabot diseret/dialih, tumbuk lesung batu, ketuk dinding, tebuk lubang/drill, seret tong gas, pensel bergolek dan juga hempas pintu pada waktu malam?! Pernahkah anda mengalaminya? Kenapa dan apa punca?

Bagi penghuni rumah bertingkat seperti flat, apartment dan kondo, bunyi aneh penuh misteri dan agak seram ini sudah pasti menjadi igauan ngeri. Tidak terkecuali juga rumah teres! Biasanya bunyi ini akan kedengaran apabila tiba waktu senja hinggalah ke subuh. Waktu orang tidur 2 3 pagi. Kadangkala bukan malam je, siang pun ada. Bunyi ini juga ada yang diselangi dengan bunyi kucing bergaduh dan budak menangis. Seram!

Apabila terdengar bunyi, kita anggap:
Bunyi guli jatuh/lantun di lantai dan pensel bergolek – anak jiran sedang bermain.
Bunyi perabot diseret – mungkin jiran sedang susun semula kerusi meja dalam rumah.
Bunyi ketuk dinding, drill/tebuk lubang – renovate/ubahsuai rumah
Bunyi tumbuk lesung batu – jiran kita nak masak pagi esok kot
Bunyi seret tong gas – gas rumah dia habis
Bunyi hempas pintu – bergaduh laki bini
Bunyi pintu pagar digegar – sebab bergaduh jugak haha

bunyi-lantunan-guli-jatuh

Bunyi ini akan berulang ulang seperti Teruskan Membaca